Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Bersuara Kerana Tidak Mahu Nanti Kubur Saya Dikencing Rakyat" - Shafie

9 Dis 2015
No Comment

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau akan terus bersuara mengenai isu-isu yang melibatkan rakyat dan tidak mahu nanti kerana tidak menjalankan kerja yang diamanahkan rakyat akan kencing atas kuburnya.

"Saya wakil rakyat, bukan wakil diri saya. Kalau saya wakil diri saya, saya diam la, saya nak jawatankan, tapi (sebagai) wakil rakyat, takkan saya nak diam, kerana banyak soalan rakyat tanya.

"Saya tak nak nanti saya dah meninggal dunia, kubur saya dikencingkan. (Saya tak mereka berkata) apa jenis wakil rakyat Semporna ini. Dia tak buat apa-apa untuk rakyat atau negara," kata Shafie dipetik dari Malaysiakini.

Beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya, telah digunakan untuk Umno.

"Beliau perlu membuktikannya. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk Umno, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini.

"Mungkin cara dia menggunakannya. Dia beranggapan dia presiden, maka ia untuk kebaikan Umno," katanya lagi.

Beliau yang merupakan Naib Presiden Umno berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bekerjasama dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kecewa kehilangan kedudukannya dalam kerajaan.

Beliau dan Muhyiddin telah digugurkan daripada kabinet kerana dilihat lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beban hutang syarkat tersebut.

"Saya tidak kecewa dipecat kerana perdana menteri mempunyai hak untuk memilih anggota kabinetnya, tetapi saya juga mempunyai hak, sebagai naib presiden Umno, untuk terus menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu rakyat," katanya.

Dan beliau merancang untuk bercakap lebih lagi semasa perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.

"Saya dengar (mesyuarat MT hari ini) akan bincang mengenai sama ada boleh berucap atau tidak.

"Jika Wanita, Puteri dan Pemuda minta untuk berucap, maka saya juga akan minta." 

"Tapi buat masa kini, hanya Najib, sebagai presiden parti, dijadualkan untuk menyampaikan ucapan penggulungan, ia adalah satu aturan yang tidak masuk akal."

"Dalam perhimpunan ini banyak isu yang akan ditimbulkan, dari ekonomi hingga agama, takkan Najib nak jelaskan setiap isu?" soal beliau.

Bagaimanapun, Shafie enggan mengulas mengenai apa yang akan diperkatakannya jika diberi peluang berbuat demikian.

"Anda tunggu dan lihat," tambahnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "