KUALA LUMPUR: Jadual penerbangan Air Asia hari ini 'bermasalah' apabila sekurang-kurangnya 12 juruterbangnya mengambil cuti sakit kerana selesema.
Ini menyebabkan beratus penerbangan terpaksa ditangguhkan dan 10 penerbangan pula dibatalkan.
Rata-rata penerbangan yang terjejas adalah dalam negara, manakalan penerbangan ke Bangkok menerusi Lapangan Terbang Don Mueang pula dibatalkan.
Ekoran kejadian ini juga, beratus penumpang Air Asia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak pagi tadi.
Moto syarikat penerbangan Air Asia juga 'ditukar' oleh beberapa penumbang kepada 'Now everyone can sleep at airport' dan menyifatkan ia sebagai hari paling buruk.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Sdn Bhd, Tan Sri Tony Fernandes juga mengesahkan beberapa juruterbangnya mengambil cuti sakit pada hari ini.
Bagaimanapun, sehingga tengah hari tadi dilaporkan jadual penerbangan sudah kembali beroperasi seperti sedia kala. -Siakapkeli.my