Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Selesai Ambil Keterangan Justo - KPN

16 Dis 2015
No Comment


KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pihak polis telah selesai merakam keterangan Xavier Andre Justo berhubung isu 1MDB di penjara d Bangkok pada Selasa.

KPN berkata, Justo telah memberi kerjasama yang amat baik kepada PDRM ketika temu bual dibuat.

"Pegawai saya akan pulang hari ini.. nanti mereka akan membentangkan hasil temu bual mereka dengan Justo," katanya memetik laporan mStar Online.

Namun, Khalid enggan mendedahkan apa yang dibangkitkan ketika temu bual dengan bekas pekerja PetroSaudi International itu.

KPN juga turut berkata kes berkaitan Justo dijangka akan selesai selepas polis menerima dokumen-dokumen yang berkaitan kes tersebut dari pihak berkuasa Thailand. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "