Donald Trump Calon Presiden AS Yang Huru-Hara, Kata Gabenor Florida
LAS VEGAS: Selepas mengeluarkan kenyataan mengharamkan umat Islam daripada memasuki Amerika Syarikat, Gabenor Florida, Jeb Bush menggelarkan Donald Trump sebagai seorang bakal Presiden yang huru-hara.
Beliau berkata di debat presiden Republikan kelima di Las Vegas semalam.
Trump baru-baru ini dalam kempen provokatifnya mencadangkan larangan berkenaan terhadap umat Islam atas tujuan kesejahteraan dan keselamatan negara.
Bagaimanapun pesaing Trump merasakan cadangan itu tidak serius, sebagaimana menurut Senator Florida, Marco Rubio bahawa ia semestinya tidak akan berlaku.
Trump menerima kecaman hebat daripada seluruh dunia berhubung cadangannya itu. -Siakapkeli.my