Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perdana Menteri Akui 'Terguris Hati' Dengan Tun Dr. Mahathir

8 Dis 2015


KUALA LUMPUR, 8 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui dirinya terguris dengan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seringkali melakukan serangan peribadi ke atasnya.

Najib dalam satu temubual bersama stesen televisyen TV3 berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran yang diberikan oleh Dr. M itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.

"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," kata beliau dalam temubual khas sempena Perhimpunan Agong Umno 2015.

Najib turut menyifatkan Dr. Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu dimana seorang pemimpin yang apabila tidak lagi dalam kerajaan harus sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.

"Waktu kita dalam kerajaan, kita hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan. Waktu kita di luar kerajaan, kita patut sokong orang dalam kerajaan.

"Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap... tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan," katanya.

Najib turut meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan Dr. M yang sering kali mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkan dalam penulisan di blognya.

Ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan juga anggota parti apabila Dr M membangkitkan satu-satu isu.

Mengulas tentang segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini, Najib berkata ia perkara biasa yang harus dihadapi oleh seorang pemimpin.

"Ini bukan baharu dan setiap pemimpin akan hadapi cabaran. Tapi ini ujian kepimpinan kita... ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti," katanya.

Najib turut mengulas cadangan Dr. M yang mahu Majlis Tertua ditubuhkan untuk membimbing Perdana Mneteri dalam urusan pentadbiran. Menurut Najib perkara itu belum pernah berlaku di Malaysia atau mana-mana negara lain.

"Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

"Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat...tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. pertama kali dengar ayat ni "...saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat...."
    sejak bila malaysia mengamalkan konsep pilihanraya Perdana Menteri untuk rakyat memilih PM???

    BalasPadam
  2. sakitnya tuh di sini di dalam hati ku...sakit nya tuh di sini di dalam hti ku.. choiiiii

    BalasPadam
  3. "Najib turut menyifatkan Dr. Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu dimana seorang pemimpin yang apabila tidak lagi dalam kerajaan harus sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa".

    Bagaimana pula rakyat? Pemimpin hanya berjanji tetapi tidak tepati janji2nya? Adakah rakyat juga turut dipersalahkan?

    Cuba imbau kembali janji2 manis sebelum PILIHANRAYA, adakah ianya benar2 ditepati? Dengan keadaan sekarang taraf hidup sekarang adakah semuanya yang di hasratkan kita kecapi sekarang? perubahan demi perubahan berlaku semakin hari semakin menyusahkan rakyat, semakin merunsingkan masa depan negara. Sudah tiba masanya sekarang perlu berubah bukan saling menyalahkan orang lain "BERFIKIR LAH" the best way untuk memperbaiki keadaan demi kebaikan dan masa depan negara. Pangkat, darjat dan kuasa semuanya hanya sementara. Bilamana di beri kepercayaan oleh rakyat maka jagalah amanah rakyat dan negara sejujur dan seikhlas2nya jangan sesekali butakan rakyat dengan wang RINGGIT semata2 PERLU TAHU RAKYAT TIDAK BUTA jangan kerana semata2 hendak miliki kesenangan sendiri negara terjual dan rakyat sengsara. Abaikan kronism! "Sentiasalah selami dan dalami masalah2 semua rakyat kerana pemimpin wujud kerana rakyat."

    -hamba allah

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "