Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyerang Selangor Dipilih Pemain Terbaik Asia Tenggara Oleh Goal.com

15 Dis 2015
No Comment

Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri, yang menjaringkan dua gol penting ketika Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke 33 baru-baru ini telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa, Goal.com.

Menurut laman web bola berkenaan, Hazwan yang merupakan anak kelahiran Labuan menunjukkan kecekalan yang tinggi dan prestasi yang memberansangkan pada musim ini dengan muncul wira untuk aksi-aksi penting.

"Dia membuktikan sentuhan penyudah berbisanya Sabtu lalu dengan jaringan dua gol untuk memberi tekanan kepada pasukan Kedah. 

"Itu adalah sumbangan terbesarnya buat pasukan, sekali gus membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan menamatkan kemarau kejuaraan itu selama 10 tahun," tulis Goal.com.

Selain itu, faktor beliau menjaringkan dua gol awal pada awal pelawanan dan awal separuh masa kedua dalam perlawanan akhir Piala Malaysia membuktikan kehebatannya bersama pasukan Selangor.

Menerusi pemilihan ini, Hazwan menewaskan dua calon lain iaitu penjaga gol Saraburi FC, Pisan Dokmaikaew dan juga penjaga gol Semen Padang, Jandia Eka Putra. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "