Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penganggur Tetak Warga Asing Berkawan Rapat Dengan Ibu

13 Dis 2015

George Town, 13 Dis - Seorang lelaki bertindak menetak seorang pekerja kontrak warganegara Bangladesh akibat tidak berpuas hati dengan warga asing tersebut yang berkawan dengan ibunya.

Kejadian yang berlaku di Medan Renong di Jalan Tun Syed Barakhbah malam tadi dipercayai berlaku setelah suspek yang juga seorang penganggur tidak berpuas hati dengan mangsa yang intim dengan ibunya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek ditahandi sebuah urmah pangsa di Sungai Pinang kira-kira jam 3.20 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun sedang berada di medan selera berkenaan, sebelum suspek datang dengan membawa parang lalu mengejar mangsa.

Suspek bertindak memukul dan menetak kepala mangsa dengan parang yang dibawanya, sebelum kejadian berkenaan dileraikan orang ramai,” kata Mior Faridalathrash memetik laporan TheRakyatPost.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan menerima tujuh jahitan akibat kecederaan di kepala.

Faridalathrash juga berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "