Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemotong Rumput Maut Dirempuh Komuter Ketika Sedang Leka Selfie

19 Dis 2015
One Comment

NILAI: Seorang lelaki yang sedang leka mengambil gambar selfie diatas rel komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas selesai memotong rumput telah dirempuh komuter awal apgi tadi.

Dia dipercayai mengambil gambar berkenaan adalah sebagai bukti yang dia sudah selesai memotong rumput untuk diberikan kepada majikannya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa yang dikenali sebagai A. Renishkumar, 20, adalah seorang pekerja kontrak yang ditugaskan memotong rumput dalam kawasan milik KTMB dan kejadian berlaku di sempadan Nilai-Mantin dekat sini.

Beliau mengesahkan pihak polis dari Balai Polis Nilai menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11 pagi.

"Siasatan awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan berdiri di landasan keretapi untuk mengambil gambar bagi membuktikan kepada majikannya bahawa rumput telah dipotong.

"Semasa mengambil gambar itu, mangsa tidak sedar tren sedang menghampirinya walaupun rakan-rakannya yang lain memanggilnya tetapi tidak didengarinya.

Akibatnya tren itu telah merempuh mangsa dan dia mati di tempat kejadian," katanya dipetik laporan Bernama.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut, katanya. - Siakapkeli.my

 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "