Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Bakal Jadi Negara Polis jika Akta Baru MKN Diluluskan - AMANAH

3 Dis 2015

Pakatan Harapan hari ini menggesa agar kerajaan memansuh atau menangguh rang undang-undang baru Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dirancang utk diluluskan di parlimen hari ini.

"Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk persedian berbahas secara menyeluruh di Dewan Rakyat)," kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang).

"Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016 [...] kami tidak mempunyai masa yang mencukupi (untuk persediaan membagas rang undang-undang itu). Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas" katanya memetik laporan Malaysiakini.

"Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan," kata beliau lagi.

"Saya harap keadilan dan akal akan diguna pakai, biarlah kerajaan tarik balik rang undang-undang itu," katanya di lobi parlimen.

Akta tersebut yang dibentangkan pada Selalu lalu memberikan MKN kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "kawasan keselamatan" dan pasukan penyelamat boleh campur tangan untuk menangkap dan menyita kawasan tersebut tanpa memerlukan waran. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "