Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ubahsuai Bas Sekolah Jadi Rumah Bergerak

16 Dis 2015
No Comment

Seorang lelaki bersama bapanya telah telah mendapat perhatian netizen di Amerika Syarikat selepas mereka dikatakan telah mengubahsuai sebuah bas sekolah menjadi rumah mini bergerak.

Lekaki berkenaan, Patrick Schmidt merupakan seorang penganggur berasal dari California telah bertindak membeli sebuah bas sekolah lama dengan harga AS$ 4,500 (RM 19,366) pada Mac lalu dan kemudian telah mengambil masa selama tiga bulan untuk menjadikan bas tersebut sebuah rumah mini bergerak.

Beliau dengan kerjasama bapanya, Patricks telah mengahabiskan sebanyak £5,919 (RM28, 063) pula untuk membeli barang-barang untuk menghasilkan rumah bergerak tersebut.


Kini bas yang berkeluasan 189 kaki persegi telah bertukar kepada sebuah rumah mini dengan dilengkapi dengan penghawa dingin, dapur, bilik tidur serta tandas.

Patrick turut mengembara bersama rumahnya iaitu lebih 10,000 batu perjalanan merentasi 30 negeri termasuklah California, Colorado dan New York.

"Saya akan terus menambahbaik Skoolieslove (rumah mininya) dan mempromosikan kehidupan ringkas. Meneruskan pengembaraan, bertemu orang ramai dan mencari pengalaman baru,' kata Patrick. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "