Pengguna Di Shah Alam, Klang Alami Gangguan Bekalan Air Pada Minggu Depan
SHAH ALAM: Penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang dinasihati untuk menyimpan bekalan air mencukupi memandangkan akan berdepan dengan gangguan bekalan air selama sehari pada 9 malam Isnin hingga 6 pagi Selasa.
Ia ekoran kerja-kerja penggantian kelengkapan kritikal di kolam takungan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
"Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air mencukupi sebelum 21 Disember ini.
"Selepas kerja penggantian injap selesai, bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam tempoh 24 jam bermula 6 pagi, 22 Disember," demikian menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syabas Amin Lin Abdullah dalam satu kenyataan.
Kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan tersebut adalah Pekan Meru; Seluruh Kampung Meru; Persiaran Hamzah Alang; Klang Sentral, Meru; Jalan Haji Abdul Manan; Kampung Bukit Kapar; Pekan Kapar; Kampung Tok Muda, Kapar; Kampung Sungai Serdang; Felda Bukit Cerakah dan Kampung Cerakah Jaya. -Siakapkeli.my