Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Khalwat Bukan Jenayah: Orang Islam Menidakkan Hukum Allah Dianggap Murtad - Mufti

8 Dis 2015
No Comment


SHAH ALAM: Tindakan kumpulan bekas penjawat awam, G25 yang mencadangkan supaya hukuman terhadap perbuatan khalwat dihapuskan kerana bertentang dengan perlembagaan dan hak privasi individu adalah melanggar hukum ALLAH SWT.

Oleh itu, mana-mana orang Islam yang melanggar atau menidakkan hukum ALLAH itu boleh dianggap sebagai murtad, tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Sebab itu manusia di dunia ini digelar khalifah. Saya nak tanya mereka, apa tugas khalifah di muka bumi ini? Saya nak tanya juga, mereka (G25) ini pakai logik akal semata-mata atau nas dan hadis mana sehingga tindakan kepada pesalah khalwat tidak boleh diambil walaupun di rumah sendiri?

“Kalau dia kata ia langgar hak privasi individu, bunuh orang dalam rumah sendiri tidak perlu dikenakan hukuman kalau macam itu. Mengapa perlu dipersoalkan tentang hukum syariah yang selama ini bersifat mendidik,” soalnya kepada G25, semalam.

Harussani turut mengulas mengenai hukum syariah yang diguna pakai di negara ini, menurutnya undang-undang digubal oleh agamawan, alim ulama, pakar perlembagaan dan pakar undang-undang berdasarkan al-Quran dan Hadis.

“Begitu juga dengan Perlembagaan negara, digubal oleh cerdik pandai dengan melihat kepada latar belakang masyarakat di negara ini. Sebab itu agama Islam jadi agama rasmi di negara ini.

“Apa yang saya boleh kata, mereka (G25) ini hanya bijak dalam ilmu duniawi tetapi sangat daif dalam agama. Kalau nak bercakap tentang agama pastikan kamu belajar agama terlebih dahulu.

Harussani berkata, sebagai manusia lebih-lebih lagi orang Islam, mereka perlu tahu apa tujuan diciptakan di atas dunia.

“Manusia diciptakan ALLAH untuk beribadah dan patuh kepada suruhanNYA dan meninggalkan larangan. Tidaklah manusia itu diciptakan tanpa tujuan melainkan untuk beribadah kepadaNYA.

“Hukum berkhalwat itu sendiri adalah haram, jadi mereka (G25) cuba mansuh hukuman kepada pesalah khalwat dengan menyatakan itu adalah dosa orang itu dengan ALLAH. Nampaknya mereka ini sengaja menggalakkan orang ramai untuk berkhalwat,” jelasnya dipetik Sinar Harian.

Katanya lagi, jantina dan nafsu diberikan ALLAH kepada manusia bagi kesinambungan zuriat dengan cara yang sah dan bukan dengan cara haram.

Beliau dalam apda itu mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh pertubuhan G25 yang sejak kebelakangan ini lebih kearah menyerang agam Islam.

BACA: Selepas Cadang Mansuhkan JAKIM, G25 Cadang Hukum Khalwat Dihapuskan

Sebelum ini, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin memaklumkan mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Katanya, hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dengan ALLAH kecuali jika dilakukan di kawasan awam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "