Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hairul Azreen Kongsi Kegembiran Depan Jabal Rahmah, Hanis Zalikha Mengandung

19 Dis 2015
No Comment

Jika sebelum ini ramai yang meneka Hanis Zalikha mengandung selepas memuat naik status di laman Instagram mengenai baby Bora-Bora, tapi ia telah dinafikan oleh Hanis dan beliau berkata akan beritahu jika dia mengandung.

Namun, berita terbaru diterima melalui laman Instagram, suami Hanis iaitu pelakon Hairul Azreen telah berkongsi rasa gembiranya di depan Jabal Rahmah yang merupakan tempat pertemuan Nabi Adam AS bertemu dengan pasangannya Hawa di mana Isterinya, Hanis telah mengandung empat bulan.


Beliau memuatnaik gambarnya bersama isteri denagn kapsyen berbunyi "2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha."

"Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama2 isteri saya :) Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini."

"Saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,"

Gambar berkenaan menunjukkan Hairul sedang memegang 'baby bump' Hanis dengan berpakaian serba hitam.

Apapun, kami Siakapkeli mendoakan pasangan ini berbahagia sehingga akhir hayat dan Hanis tidak menghadapi sebarang masalah mengandung dan melahirkan baby. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "