Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Seri Najib Adalah Seorang Pemimpin Yang Tenang Dan Berani - Hishammuddin

4 Dis 2015
No Comment


PETALING JAYA: "Beliau adalah seorang  pemimpin yang amat tenang dan berani dalam menghadapi apa jua isu serta cabaran semasa,'' itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menceritakan tentang bosnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerana itulah menurut Hishammuddin, Perdana Menteri tidak takut dengan sesiapa kerana beliau sangat tenang dalam mengendalikan apa jua keadaan.

"Malah kita lihat pemimpin Syria dan Libya gagal untuk mempertahankan negara mereka, sebaliknya negara kita masih kukuh dan mampu bertahan di bawah kepimpinan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi  Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di sini dipetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin berkaitan dengan satu artikel di dalam blognya yang bahawa Najib tidak pernah berani atau tegas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "