Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Bakal Langsungkan Perkahwinan Ditahan Berdua-Duaan Dengan Lelaki Lain Di Dalam Bilik

30 Nov 2015
No Comment

ALOR SETAR: Seorang wanita yang dikhabarkan sudah bertunang dan sudah melakukan persiapan perkahwinan telah ditangkap kerana disyaki berkhalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas didapati berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik di Jalan Teluk Wanjah di sini, awal semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini ditahan dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi berasingan sekitar bandaraya ini mulai jam 11 malam kelmarin hingga kira-kira 1 pagi semalam.

Wanita berkenaan yang merupakan seorang janda berusia 28 tahun pada awalnya cuba menipu pihak berkuasa dengan mengatakan dia belum pernah berkahwin bagi mengelakkan statusnya diketahui, sebelum mengakui bertunang buat kali kedua dan mempunyai tiga anak dengan bekas suaminya terdahulu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rosyidi Mahmud, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat orang ramai berhubung kegiatan maksiat mereka dalam sebuah kedai makan di bandar raya di sini.

Beliau berkata, sebaik anggotanya tiba di lokasi kejadian, mereka mengetuk pintu sebuah bilik dalam kedai makan berkenaan sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan takut.

"Anggota kami kemudian membuat pemeriksaan dalam bilik yang ditutup lampu dan menemui seorang lelaki yang berpakaian lengkap dalam bilik itu. Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat. 

"Wanita itu mengaku mengenali lelaki berkenaan sejak tiga bulan lalu namun mengakui sudah bertunang dengan lelaki lain dan sudah melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinan keduanya. 

"Namun berdasarkan maklumat awam yang diterima, lelaki itu dikatakan sudah beberapa kali datang ke bilik itu bertemu wanita berkenaan sehingga menimbulkan syak sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri atau mahram," katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "