Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Deejay Disamun 30 Mat Rempit, Terpaksa Jerit "Polis-Polis"

30 Nov 2015

SUBANG JAYA – Dua orang deejay mengalami detik cemas apabila mereka diserang dan disamun oleh 30 mat rempit dalam satu kejadian di Plaza Tol Puchong Barat dekat sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian yang terjadi kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, K Danheshban, 20, dan rakannya dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah di Alam Megah selepas mereka selesai tugas mengacara sebuah majlis sambutan hari jadi di Damansara.

Menceritakan kejadian, Danheshban berkata ketika dia tiba di plaza tol tersebut, dia terkejut apabila melihat sahabatnya hilang dari padangan. Dalam masa yang sama dia ternampak sekumpulan lelaki seoalah-olah menggerumi sesuatu.

Saya rasa tak sedap hati, jadi berpatah balik ke tempat itu dan ternampak kawan saya. Dia dikepung sekumpulan mat rempit dan pisau diacukan ke mukanya. Saya juga nampak seorang lelaki bawa motosikal jenis Kawasaki RR milik kawan saya tu,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Danheshban berkata kepala rakannya dihentak dengan topi keledar dan turut dicederakan di bahagian tangan.

Bimbang kejadian bertukar ganas, Danheshban dan rakannya terus meluru ke arah motosikal untuk melarikan diri selepas kumpulan terbabit menyamun cincin emas dan telefon bimbitnya.

Namun, detik cemas mereka tidak berakhir di situ apabila lapan dari mat rempit itu bertindak mengejar mangsa hingga ke satu perumahan di Putra Heights.

Menurut mangsa, dia dipukul berkali-kali disitu menyebabkan dia dan rakan membuat keputusan memanjat masuk pagar sebuah rumah untuk bersembunyi.

Mat rempit itu tak mahu pergi jadi kami terpaksa jerit polis-polis, akhirnya mereka larikan diri," katanya.

Tambah mangsa, mat rempit itu juga melarikan motosikal jenis Yamaha LC milkiknya dan merentap rantai emas yang dipakai olehnya.

Menurut mangsa juga, salah seorang dari mat rempit yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap.

Kami dapat cekup seorang sebab dia tak boleh hidupkan enjin motosikal, masa tu kami berdua tahan dia dan hantar ke balai polis,” katanya.

Mangsa berkata, dia dan rakannya kerugian hampir RM50,000.

Mangsa dan rakannya kehilangan dua motosikal, wang tunai, barang kemas dan dokumen pengenalan diri.

Satu laporan polis di buat di Balai Polis USJ 8, pagi semalam berikutan kejadian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "