Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video )Donald Trump Dikecam Media The New York Times Gara-Gara Ejek Wartawan Cacat

27 Nov 2015
No Comment


NEW YORK: Jutawan hartanah terkenal, Donald Trump hari ini dikecam oelah The New York Times gara-gara bertindak biadap mengejek seorang wartawan yang mempunyai kecacatan fizikal dalam sebuah perhimpunan, kelmarin.

Tindakan Trump menggayakan dan mengejek mengejek Serge Kovaleski yang menderitai Arthogryposis dirakam dalam satu perhimpunan di South Carolina dengan menggayakan aksi tangan cacat.

Arthogryposis adalah sebuah kondisi yang menghadkan pergerakan tangan.

“Kami mendapati tindakan Trump adalah keterlaluan kerana mengejek penyakit yang dideritai oleh wartawan kami,” kata jurucakap media yang mewakili wartawan cacat tersebut.

Menurut CNN Money, tindakan Trump tersebut dilakukan selepas beliau ‘terasa’ dengan artikel yang ditulis oleh Kovaleski pada 2001.

Didalam artikel tersebut, Kovaleski menuduh Trump menipu selepas Trump mendakwa ternampak beribu-ribu orang Islam di New Jersey bersorak kegembiraan semasa menara berkembar World Trade Center (WTC) diserang pengganas dan runtuh pada 11 September 2001.

Pihak berkuasa tampil menyokong Kovaleski dan menafikan dakwaan Trump berkenaan kerana ketika itu tiada rekod menunjukkan sebarang perhimpunan melibatkan orang Islam di New Jersey ketika kejadian. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "