Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Negeri Sembilan Umum Pemberian Bonus RM500 Kepada 6,588 Kakitangannya

27 Nov 2015
No Comment


Kerajaan Negeri Sembilang hari ini mengumumkan pemberian khas sebanyak RM500 kepada 6,588 kakitangan awam di Negeri tersebut termasuk yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Memetik laporan Bernama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemberian khas akan diberikan pada bulan hadapan sebagai tanda berterima kasih kerajaan negeri kepada kakitangan awam kerana jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan mereka dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.

"Pemberian ini juga diharap akan meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk membeli barang keperluan persekolahan anak-anak," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menteri besar menyifatkan, penjawat awam di Negeri Sembilan telah mempamirkan kecemerlangan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pada tahun lepas dan kesemua projek yang diluluskan berjaya dilaksanakan dengan kos sebanyak RM88.53 juta.

"Sepanjang mentadbir negeri ini, saya dapati bahawa jentera pentadbiran kerajaan negeri berada di tahap terbaik dan telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

"Pencapaian tersebut dapat dilihat daripada beberapa aspek pengurusan seperti peningkatan kutipan hasil, pelaksanaan projek-projek pembangunan, pembasmian kemiskinan dan keselamatan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "