Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video&Gambar) China Perkenal Pesawat Penumpang Pertama Mereka Untuk Saingi Airbus Dan Boeing

4 Nov 2015
No Comment

China pada Isnin lalu telah melancarkan siaran langsung siaran televisyen memperkenalkan sebuah pesawat jet penumpang pertama keluaran mereka dalam satu upacara di Shanghai.

Pesawat yang diberi nama C919 itu dibina untuk mencabar dominasi syarikat pengeluar kapal terbang dunia Airbus dan Boeing dalam pasaran penerbangan komersial global.

Pesawat C919 yang diperkenalkan itu kelihatan berkilat dengan sebahagian besarnya berwarna putih dengan jalur beralun biru dan ekor hijau telah ditunda ke landasan untuk ditunjukkan kepada hadirin yang kebanyakkan terdiri daripada wartawan seluruh dunia dan perbarisan tentera.







Pesawat yang direka dengan satu enjin berkembar berkenaan merupakan pesawat sederhana besar dengan menyediakan 174 tempat duduk yang sama dari segi saiz dan kapasiti dengan Airbus 320 dan siri Boeing 737.

Ia dikatakan mempu terbang sehingga 5555 kilometer (3451 batu) ia direka untuk bersaing dengan Airbus dan Boeing di mana menurut laporan laluan pertama yang bakal menggantikan khidmat Airbus dan Boeing ialan laluan popular seperti Shanghai ke Singapura dan Beijing ke Bangkok.

Projek C919 telah dilancarkan pada tahun 2008 lalu ini menandakan pulangan China untuk perniagaan membuat pesawat jet penumpang yang besar, selepas cubaan yang gagal pada 1980-an. - Siakapkeli.my



China has unveiled its first large passenger plane to compete with Boeing and Airbus...and it's huge: http://cnn.it/1kn72wZ
Posted by CNN on Monday, November 2, 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "