Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Buli Pengawas : Polis Akan Siasat Termasuk Pihak Penyebar Video

16 Nov 2015

BESUT - Susulan video buli viral yang memaparkan seorang pelajar yang juga pegawas di sebuah sekolah di sini, siasatan terperinci akan dijalankan termasuklah kepada individu yang menyebarkan video berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dari bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut pada jam 9 pagi semalam.

Kita turut mengesan individu yang menyebarkan rakaman video berkenaan untuk disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan video berkenaan di laman sosial,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Video yang berdurasi selama 6 minit itu memaparkan seorang pelajar di belasah oleh sekumpulan pelajar. Selain itu, mangsa juga turut dipaksa mencium stokin dalam kejadian yang didakwa berlaku di dalam surau sekolah berkenaan.

Selain itu, murid yang terlibat memukul mangsa juga dipercayai sering meminta duit dari mangsa setiap hari dan sekiranya mangsa enggan, mereka akan memukul mangsa.

Mangsa juga dikatakan pernah menyuarakan mahu bertukar ke sekolah lain kepada bapanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "