Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi 3 Bulan Digigit dan 'Dipukul' Kanak-Kanak Lain Di Pusat Asuhan

16 Nov 2015
No Comment


Kuala Terengganu: Seorang bayi,  Nina Amanda Kamarul Anuar, berumur 3 bulan dimasukkan ke wad hospital selepas mukanya dipenuhi kesan lebam kerana dipercayai digigit dan dipukul oleh kanak-kanak lain di sebuah taska di sini.

Memetik laporan Harian Metro, bayi berkenaan dikatakan dipukul oleh kanak-kanak lain yang lebih berusia daripadanya sehingga lebam di muka.

Bapanya, Kamarul Anuar Mamat, 34, berkata, melahirkan rasa kecewa dengan pusat asuhan berkenaan kerana tidak mengasingkan anaknya dengan kanak-kanak lain yang lebih berusia.

Melihatkan muka anaknya itu dipenuhi kesan lebam, dia mengesyaki anaknya itu dipukul lama namun tidak diendahkan pengasuh kerana menyangka ia tangisan biasa.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas pengasuh taska berkenaan menghubungi isterinya, Norita Kamilah Mamat, 34, yang memberitahu muka anaknya digigit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "