Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serbuk Putih Yang Dihantar Ke Pejabat Menteri Semalam Hanyalah Serbuk Vitamin C

14 Nov 2015
No Comment


PUTRAJAYA: Semalam pejabat Menteri Kesihatan Malaysia di Putrajaya digemparkan dengan penemuan bungkusan yang dikatakan mengandungi serbuk putih berbahaya.

Hari ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa serbuk putih yang dihantar berkenaan hanyalah  serbuk Vitamin C.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan Makmal Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

"Saya mengesahkan analisa yang dibuat ke atas serbuk putih yang membuatkan warga Kementerian Kesihatan gempar semalam ialah ascorbic acid atau vitamin larut air iaitu Vitamin C dan ia tidak berbahaya," katanya dipetik laporan Astro Awani.

Rosly berkata siasatan awal mendapati pengirim menggunakan alamat palsu, manakala motif kiriman masih disiasat.

Sejadian semalam menyebabkan semua kakitangan tingkat 13 pejabat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam terpaksa mengosongkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "