Pihak kementerian Kerja Raya hari ini telah mengumumkan bahawa laluan leburaya Kuala Lumpur-Karak telah dibuka semua mulai hari ini pada jam 2 petang.
Bagaimanapun pembukaan ini melibatkan laluan kontra berikutan kerja pembersihan masih dijalankan.
Menurut menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, laluan kontra berkenaan akan bermula dari kilometer 52.4 dan berakhir di kilometer 50.0.
Bagi pembukaan sepenuhnya lebuhraya dari kedua-dua arah, pihak konsesi menjangkakan ia akan dibuka pada 15 Novermber, Ahad jam 2 petang.
Semua pengguna jalanraya yang melalui kawasan berkenaan diminta supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan daripada pihak pertugas. - Siakapkeli.my