OTTAWA: Budaya anti-Islam kini menular ke salah sebuah kawasan di Ottawa, iaitu Peterborough, Ontario selepas insiden yang meragut ramai rakyat Paris, minggu lalu.
Sebuah masjid tunggal di situ, Al Salam pada minggu lalu dibakar sehingga menyebabkan tempat beribadat itu rosak sepenuhnya.
Hampir 1,000 ornag Islam di kawasan itu tidak dapat menunaikan ibadat, dan sehingga kini suspek yang melakukan perbuatan itu masih diburu pihak berkuasa.
Namun apa yang menyentuh hati adalah pihak bukan Islam di sana mempunyai nilai kemanusiaan yang amat tinggi apabila bersama-sama membantu mengutip derma untuk urusan ubah suai masjid berkenaan.
Bukan itu sahaja, nilai kemanusiaan masyarakat Peterborough juga melampaui pegangan agama masing-masing, apabila masyarakat beragama Kristian dan sinagog Yahudi di sana berbesar hati menawarkan kemudahan kepada masyarakat Islam untuk beribadat di ruangan bangunan rumah ibadat mereka.
Tanpa prejudis, masyarakat Islam Peterborough menerima pelawaan tersebut dengan solat berjemaah diadakan di gereja United Church, manakala solat Jumaat pula dilakukan di kawasan berumput di depan masjid mereka yang terbakar itu.
“Saya telah memaaafkan pelaku kebakaran tersebut. Saya sudah lama menetap di komuniti ini. Kami saling menghormati dan menyayangi antara semua pihak,” kata Shazim Khan, imam masjid Al Salam. -Siakapkeli.my