Protes TPPA 'Sambut' Ketibaan Obama Ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Protes bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diadakan petang tadi sebagai sambutan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama hari ini.
Protes berkenaan dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) di luar Kedutaan negara itu, di Jalan Ampang selepas solat Jumaat tadi.
Namun, peserta protes itu dilaporkan hanya sekitar 20 orang.
Memorandum bantahan itu hanya diletakkan di lantai sebagai isyarat ‘tidak menghormati Amerika’.
“Kita akan menghantar satu memorandum bantahan yang kita tidak akan hantar kepada kedutaan pun sebab kita tidak menghormati kerajaan bernama Amerika. Kita akan hadir ke sana dan tampal di hadapan kedutaan,” kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin sebagaimana memetik Malaysiakini.
Obama tiba di Lapangan Terbang TUDM kra-kira jam 3.16 petang tadi dengan menggunakan pesawat Air Force One.
Beliau berada di Malaysia selama tiga hari bagi menghadiri sesi dialog di Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Taylor selain mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib Razak dan menghadiri Sidang kemuncak ASEAN 2015. -Siakapkeli.my