Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

New York Post: Besan didakwa jaja nama Najib kes beg tangan

20 Nov 2015


Besan kepada Perdana Menteri Najib Razak, Maira Nazarbayeva didakwa mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubunganya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor NYPost.

Memetik tuntutan mahkamah persekutuan Manhattan,  laporan itu berkata Maira telah dituduh mengambil sedozen beg tangan Hermes bernilai US$400,000 (RM 1,715,740) tanpa membayarnya.



Wanita tersebut dikatakan memesan beg-beg tersebut pada 2014 dan 2015 menerusi sebuah perniagaan yang dikenali sebagai Samilor.

Apabila presiden Samilor, Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan Bella dan keluarga.

"Kamu tahu siapa anak lelaki saya! Dia adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan kamu dan keluarga kamu jika kamu saman saya!", ugut Maria memetik laporan tersebut.

Menurut NYPost,  peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dihubungi.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "