Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Meme Yang Dimuat Naik Lelaki ini Menjelaskan Dengan Tepat Tentang ISIS

22 Nov 2015
No Comment

Susulan serangan terhadap Perancis yang mengejutkan dunia baru-baru ini, nama Islamic State (ISIS) sekali lagi menjadi topik hangat yang diperkatakan ramai.

Apa yang menyedihkan, ada segelintir pihak yang turut mengaitkan serangan terbabit dengan ajaran Islam. Namun, jelas sekali apa yang dilakukan oleh ISIS bertentangan dengan ajaran Islam.

Seorang lelaki, yang juga bekas ahli Parlimen di Singapura telah memuat naik satu gambar meme yang sangat bertepatan dengan ISIS sekaligus menangkis tanggapan pihak-pihak yang mengaitkan ISIS dan agama Islam.

Menulis di Facebooknya, Maidin Packer berkata : "Wearing a logo does not make you one" (Dengan memakai logo tidak membuatkan kamu salah seorang darinya).

Status tersebut dimuat naik bersama gambar seekor keldai yang memakai logo kereta mercedes benz di kepalanya. Meme tersebut disertakan dengan kapsyen "Jika ISIS adalah Islam, Ini adalah Mercedes".


Dalam ruangan komen, seorang pengguna Facebook Azril Razak menulis "Rakan-rakan sekalian, saya seorang muslim. Dan agama saya tidak pernah mengajar saya, membimbing saya untuk menindas atau membunuh orang bukan Islam", memetik laporan Metro.co.uk.

Gambar tersebut dikongsi lebih dari 2,000 kali di Facebook. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "