Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Pelajar 15 Tahun Ditahan 'Hanyut' di Hotel Bajet

23 Nov 2015
No Comment

KUALA LUMPUR, 23 Nov - Dua pelajar perempuan berusia 15 tahun sanggup datang ke sebuah hotel bajet semata-mata untuk menghilangkan ketagihan dadah yang dialami oleh mereka.

Kedua-dua pelajar terbabit diserbu di sebuah hotel bajet di Cheras kira-kira jam 2.30 pagi, Jumaat lalu oleh polis hasil dari maklumat dan risikan.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras, Asisten Superintendan Mohd Ahsril Md Johor, pihaknya telah mengetuk pintu di sebuah bilik di hotel berkenaan sebelum ia dibuka oleh seorang lelaki.

Lebih memeranjatkan kedua-dua pelajar terbabit dijumpai bersama dengan empat orang lelaki.

Memeranjatkan, kita dapati terdapat dua pelajar perempuan berusia 15 tahun bersama dengan empat lelaki.

Semakan mendapati, dua pelajar berkenaan baru sahaja mengenali kesemua lelaki tersebut dan baru sahaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Pihak polis turut menemui satu tiub straw yang disyaki mengandugi dadah jenis syabu di dalam bilik tersebut.

Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "