Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KKM Putuskan Akan Kenakan Caj Parking Di Hospital Untuk Elak Salah Guna

30 Nov 2015
No Comment


Pihak Kementerian Kesihatan dilaporkan telah memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak salah guna kawasan parkir, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, langkah ebrkenaan perlu diambil bagi mengelakkan berlaku salah guna mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital yang menggunakan tempat aprkir berkenaan.

Sehingga kini, kementerian sedang menawarkan tender terbuka kepada mana-mana syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.

"Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan kemudahan tempat letak kereta di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital.

Selain itu, kementerian juga sedang mempertimbangkan untuk menambah bilangan parkir di hospital di seluruh negara dan tender berkenaan akan dikeluarkan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) yang bertanyakan mengenai Hospital Umum Sarawak (HUS), beliau berkata kementerian sedang dalam perancangan untuk membina blok jagaan harian, blok patologi dan tempat letak kereta bertingkat yang bakal dilaksanakan secara kerjasama pihak awam dan swasta.

"Pembinaan blok jagaan harian akan melibatkan tujuh dewan pembedahan, empat bilik endoskopi serta kemudahan wad yang diperlukan untuk memberi rawatan harian," katanya dipetik BH Online.

Dr Hilmi berkata, blok tempat letak kereta bertingkat pula bakal memuatkan 1,750 lot yang turut melibatkan pembinaan kemudahan medihotel dengan kapasiti 160 bilik. Katanya, projek pembinaan tempat letak kereta akan melibatkan kos RM351 juta. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "