Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kadar Tol Plus Akan Naik 5 Peratus Bermula Tahun 2016

30 Nov 2015

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin di Parlimen hari ini berkata kesemua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak lima peratus bermula dari tahun hadapan sehingga 2038.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kadar tol Jamabtan Pulau Pinang terkecuali dan kadar yang sedia ada akan kekal sehingga 31 Disember 2018.

Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsensi pada 31 Disember 2038,” katanya di dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Johari dalam soalannya meminta penjelasan sama ada benar atau tidak kenaikan tol akan berterusan sehingga 2038.

Rosnah berkata berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi semula lebuh raya PLUS bagi tempoh lima tahun sehingga 2015, lapor FMT.

Kenaikan kadar tol bagi pihak PLUS sebelum tahun 2011 adalah sebanyak 10 peratus bagi setiap tiga tahun.

Bagaimanapun kerajaan akan menyemak dahulu permohonan PLUS untuk kenaikan tol dengan memgambil kira ‘consumer price index (CPI) dan ini bermakna tiada kenaikkan secara outomatik untuk PLUS,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "