Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 17 Bulan Gigit Ular Berbisa, Sangka Ia Mainan

10 Nov 2015
No Comment



Seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 bulan bernasib baik kerana belia hanya mengalami kecederaan kecil selepas dia dikatakan menggigit kepala seekor ular berbisa kerana menganggap reptilia berkenaan mainan.

Ketika kejadian, Lorenzo sedang bermain-main dengan anjing peliharaan keluarganya di laman rumah di bandar Mostardas, Rio Grande do Sul, ketika ibunya sedang mengemas rumah sebelum didatangi seekor ular berbisa tersebut.

Ibunya, Jaine Ferreira Figueira,19, yang terdengar anaknya itu menangis terus meluru keluar rumah dan mendapati seekor ular berada di dalam mulut yang ketika itu melakukan kerja-kerja di dalam rumah terdengar Lorenzo menangis sebelum meluru ke arahnya.

Dia kemudian terkejut selepas mendapati, seekor ular berada di mulut Lorenzo sementara badannya dipenuhi darah.

Beliau bersama suaminya, Lucier terus bergegas ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, selepas diperiksa doktor mengesahkan tidak mendapati sebarang kesan patukan ular pada tubuh anak mereka.

“Kemungkinan bayi ini terlalu takut, jadi saya fikir dia mahu mempertahankan diri atau mungkin dia merasakan ular itu mainan,” ujar Dr. Gilmar Carteri yang merawatnya di Hospital Sao Liuz.

Pasangan Figuira dan Lucier pada mulanya menganggap, binatang berbisa itu dibunuh oleh anjing peliharaan mereka, namun doktor mengesahkan ular berkenaan mati selepas digigit oleh anaknya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "