Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Khinzir Halal : Jakim Nafi Keluarkan Logo Halal Kepada Mana-Mana Produk Haram

29 Nov 2015


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Jakim hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada mana-mana produk yang telah disahkan haram.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff, siasatan telah pun dilakukan berikutan penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan makanan khinzir dalam tin yang disertakan dengan logo halal palsu yang didakwa dijual di sebuah pasaraya di Sarawak baru-baru ini.

"Hasil siasatan Jakim di pasar raya di Miri dan Kuching mendapati tiada produk makanan yang memaparkan logo halal palsu di pasaran seperti didakwa," katanya memetik laporan Bernama.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak menolak gambar itu telah sengaja diedit dengan meletakkan logo halal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "