Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Bauksit : Saguhati Setiap Bulan Buat Yang Terjejas

29 Nov 2015

KUANTAN – Penduduk dan peniaga yang terjejas akibat dari debu bauksit di Bukit Goh dapat menarik sedikit nafas lega kerana mereka akan menerima saguhati secara bulanan bagi menampung kerugian dan kerosakan harta benda yang dialami sejak aktiviti bauksit mula diwujudkan di negeri ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh, Datuk Abd Wahid Abd Manap berkata saguhati yang akan disalurkan kepada individu yang dikenalpasti itu berdasarkan jumlah sumbangan dari pihak kontraktor.

Pada kali ini kita salurkan sumbangan sejumlah RM1,000 bagi setiap peniaga manakala RM500 kepada penduduk yang terjejas teruk.

Ini sahaja yang mampu kita berikan kepada mereka ini memandangkan kita hanya mendapat sedikit sahaja peruntukan daripada kontraktor bauksit di sekitar Bukit Goh,” katanya sebagaimana memetik laporan dari Sinar Online.

Abd Wahid berkata demikian di satu sidang media selepas berakhirnya majlis penyampaian wang sagu hati kepada 40 penerima yang terdiri dari penduduk Felda Bukit Goh, Bukit Kuantan dan Felda Neram di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Goh semalam.

Menurut Abd Wahid, hanya tujuh dari 21 kontraktor bauksit yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dan memberi peruntukan secara bulanan kepada Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh.

Setakat ini kita hanya memperoleh sekitar RM70,000 daripada tujuh kontraktor itu dan sumbangan yang diterima adalah mengikut persetujuan yang dicapai sebelum ini.

Ikutkan persetujuan setiap kontraktor akan menyumbangkan sebanyak RM10,000 bagi permulaan pertama, seterusnya RM5,000 setiap bulan sehingga kerja-kerja perlombongan selesai,” katanya.


Walau bagaimanpun, Abd Wahid berkata peruntukan itu sebenarnya tidak mencukupi dan tidak dapat menampung kos sebenar.

Selain membela nasib penduduk, kita ingin bina pagar, kerja-kerja mencuci dan sebagainya bagi membolehkan kawasan tidak terus tercemar.

Bila perkara sedemikian dapat dilaksanakan saya percaya masyarakat di sekitar Bukit Goh akan selesa kerana segala aktiviti bauksit ini dapat dikawal dan ditangani sepenuhnya oleh pihak kita,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga telah membina enam pagar di seluruh kawasan Bukit Goh bagi tujuan pemantauan lori bauksit. Menurutnya pembinaan pagar tersebut menggunakan peruntukan daripada Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh yang dianggar berjumlah RM15,000.

Bila adanya pagar ini, lori akan dapat beroperasi pada waktu ditetapkan sahaja iaitu bermula pada jam 8 pagi manakala pada musim hujan pula pagar akan ditutup sepenuhnya.

Tindakan sebegini dilakukan bagi memastikan pemandu lori mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negeri dan bagi mengelak kesesakan pada waktu kemuncak,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga turut menjalankan kerja-kerja pencucian di jalan berkenaan pada jam 2 hingga 4 apgi setiap hari menggunakan dua buah lori. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "