Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu 'Harimau' Dera Anak Dipenjara 6 Bulan

25 Nov 2015
No Comment

Beijing: Seorang wanita yang digelar ibu 'harimau' oleh netizen di China yang menjadi viral di laman sosial di negara berkenaan baru-baru ini telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah menyebat anak angkatnya dengan tali skip kerana gagal menyiapkan kerja rumah.

Wanita berkenaan, yang hanya dikenali dengan nama Li oleh media tempatan di Nanjing, timur China, telah menyebat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu sehingga berbirat dan luka di seluruh lengan, belakang badan dan kakinya seperti dicakar-cakar.

Li dipercayai ditangkap selepas gambar anaknya itu tersebar di laman sosial dan hakim yang melihat gambar berkenaan turut melahirkan rasa terkejut.

Li yang dipercayai berusia 50-an mengaku menyebat kanak-kanak berkenaan yang juga anak saudaranya dengan tali skip dan penggaru badan.

Wanita itu memberitahu mahkamah, dia bertindak demikian kerana anak angkatnya itu tidak menyiapkan kerja rumah dan menipu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "