Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Makan Malam di Parlimen Sediakan 'Scissors Salad', KJ Pon Tak Tahan Gelak

25 Nov 2015
One Comment

Jika sebelum ini mesej #ohmyengrish "Welcome to the President of USA Barack Obama" di papan digital di sebuah lebuhraya menjadi viral di media sosial, kini timbul pula ralat terbaru penggunaan bahasa Inggeris. Kali ini di menu makan malam bersama speaker Dewan Rakyat di Parlimen pada 23 November lalu.

Gambar menu tersebut dikongsi dan menjadi viral di media sosial.



Ralat pada bahasa Inggeris itu turut mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ yang tidak dapat menahan perasaan geli hatinya lalu berkongsi di laman Twitternya dengan berkata : " Tak boleh tahan lagi, Hidop scissors salad!"




Selain itu gambar menu itu juga mendapat perhatian dari Pizza Hut Malaysia yang memuat naik Tweet "Kami tak ada "Scissors Salad", tapi kami ada Caesar Salad."


Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming secara berseloroh berkata bahawa hidangan yang berkenaan ciptaan Malaysia tulen.

"Saya tak faham dengan kutukan-kutukan yang timbul, adalah ia mustahil bagi kita untuk keluarkan salad berperisa tajam kita sendiri?" - Siakapkeli.my #ohmyengrish
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. malaysian! salah ke nk cipta resepi sendiri. betul la 'scissors salad' dah mmg salad tu dipotong menjadi bentuk 'scissor'

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "