Data Peribadi Rakyat Sentiasa Dilindungi - Salleh Keruak
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kerajaan akan memastikan hak data peribadi rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dari sebarang penyalahgunaan.
“Di Malaysia, data peribadi dan sulit rakyat dilindungi daripada disalah guna.
“Tindakan tegas akan diambil menggunakan undang-undang yang sedia ada bagi memastikan hak peribadi rakyat Malaysia sentiasa dilindungi, ” memetik laporan dari FMT.
Salleh menjawab soalan yang menanyakan adakah wujud pembelian perisian pengintipan yang dikenali sebagai Hacking Team dari sebuah syarikat teknologi maklumat.
Bagaimanapun masih tiada penjelasan yang diberikan.
Pada Julai lepas, laman web Hacking Team dilaporkan telah digodam menyebabkan kebocoran data di atas talian.
Menurut laporan dari FMT, perisian Hacking Team turut dilanggani oleh ATM, JPM dan SPRM. - Siakapkeli.my