Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zamani Slam 'Lari' Diri Daripada Rumah Pengasih

17 Okt 2015
No Comment


Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Slam,Zamani Ibrahim, 44, dilaporkan telah melarikan diri daripada pusat pemulihan dadah Rumah Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru di sini, jam 10.26 malam kelmarin.

Perkara ini disahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Yunus Pathi Mohd di mana menurut beliau dia melarikan rumah pengasih berkenaan dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih

 “Dia (Zamani) melarikan diri dari Pusat Pengasih tanpa membawa MyKad, pakaian termasuk gitar kesayangannya. Saya tidak tahu motif dan di mana dia berada sekarang,” katanya dipetik larpoan Harian Metro.

Menurutnya, dia menganggap penyanyi itu cuba melarikan diri berikutan tindakannya itu tidak dimaklumkan kepada kakitangan pusat berkenaan.

“Tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di Rumah Pengasih. Saya terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik atau perkara buruk berlaku ke atasnya.

“Bagaimanapun Zamani bertindak menghubungi saya tadi (semalam) dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah Pengasih Isnin depan,” katanya lagi.

Menurut Yunus lagi, Zamani menghubunginya pada pagi Jumaat dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah Pengasih Isnin ini.

Mahkamah Majistret sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan atau denda RM5,000 selepas Zamani mengaku bersalah memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "