Pada 14 Oktober lalu, kita dikejutkan dengan satu kemalangan yang mengorbankan enam sekeluarga dalam satu kejadian kemalangan maut apabila kereta jenis Toyota Camry telah terbabas sebelum merempuh dan terperosok dibawah sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2.
Dalam kejadian yena mengorbankan Azaman Ramli(bapa), 49, Noor Akmal Mohd Zain, 48,(ibu) Noor Amira Syahiran Alias, 22,(kakak) Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3(adik) membuatkan seorang gadis, Puteri Nabilah Azaman, 19, kehilangan kesemua ahli keluarganya sekelip mata dan menjadi anak yatim piatu
Beliau dikatakan tidak mengikut keluarga yang terkorban dalam nahas itu kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.
Kehilangan semua insan tersayang dalam masa serentak cukup memeritkan apatah lagi kesemua mereka adalah insan yang cukup penting baginya.
Terbaru, beliau telah memuatnaik luahan hatinya di laman Instagram miliknya mengenai kejadian yang menimpanya ini. Berikut adalah nukilannya.
Apapun kami dari Siakapkeli berharap agar Nabilah kuat, buktikan kepada semua insan-insan tersayang ini kamu boleh berjaya dan kuat. Setiap yang hidup pasti akan pergi. - Siakapkeli.my