Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ditahan Atas Dakwaan Kurung Dan Rogol Suami

28 Okt 2015
No Comment


SEOUL: Seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis dan kini didakwa selepas dia dikatakan telah mengunci suaminya di dalam rumah selama 29 jam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.

Wanita yang berusia 40 tahun berkenaan menjadi wanita pertama yang didakwa atas dakwaan merogol suami sendiri di Korea Selatan dan ia merupakan kes seumpanya berlaku di negara berkenaan.

Pada Mei 2013, Mahkamah Korea Selatan telahpun menyenaraikan pemerkosaan pasangan dalam perkahwinan sebagai jenayah.

Pejabat Pendakwaraya Seoul memberitahu wanita tersebut telah mengurung suaminya sebelum memaksa lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengannya.

Memetik laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap, wanita berkenaan melakukan tindakan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan bukti dalam prosiding perceraian.

Pada tahun 2013, pemerkosaan dalam perkahwinan telah dikenal pasti sebagai salah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "