Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Polis Siasat Video Viral "Mat Saleh" Naik Hantu Mengamuk Pecah Cermin

26 Okt 2015
No Comment


Semalam tersebar di laman sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki 'Mat Saleh' mengamuk dan didakwa telah memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki di  Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar UPM.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an yang menaiki motosikal menahan kereta berhampiran susur keluar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sebelum bertindak memecahkan cermin kereta berkenaan kerana mendakwa ternampak wanita didalam kereta menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

Selain memecahkan cermin kereta, suspek juga bertindak memaki hamun lelaki warga tempatan itu

Bagaimanapun, suspek yang tidak puas hati turut mengugut untuk membunuh dua mangsa yang berada di dalam kenderaan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya. - Siakapkeli.my


Mat Saleh pecah cermin kereta:Menurut kejadian mat saleh tu panas hati sebab awek mamat ni tunjuk jari tengah kat dia...kejadian berlaku di serdang...
Posted by Video Viral on Sunday, October 25, 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "