Wanita Lepas Bersalin 10 Hari Dipercayai Terjun Dari Tingkat 16 Pangsapuri
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru 10 hari melahirkan anak dipercayai telah terjun dari tingkat 16 pangsapuri di Bangsar South kerana kecewa gagal menyusu badan anaknya.
Memetik laporan The Star Online, wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan beliau masuk ke dalam bilik.
Semasa memasuki biliknya dia dikatakan telah terjun dan mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan berlumuran darah ditingkat bawah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis telah mengkalsifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Mansor berkata, pembantu rumah juga telah diambil keterangan di mana dia menyatakan sebelum kejadian, majikannya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan telah memanggil beliau mengambil anaknya itu untuk diberi makan.
Wanita itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan tidak mampu untuk menghasilkan susu untuk menyusukan anaknya.
"Pembantu rumah itu membawa bayi masuk ke dalam bilik lain dan memberikannya susu. Apabila dia datang kembali untuk menyerahkan bayi kembali, dia tidak menjumpai majikannya itu," kata ACP Sharul.
Menurut beliau lagi, pembantu rumah itu dikatakan baru bekerja selama dua minggu manakala suaminya berada di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada masa kejadian itu.
ACP Sharul kata ibu si mati telah juga hanya melawat beliau dan bayi yang baru sehari sebelum tragedi itu.
"Menurut kata si suami, isterinya telah berada di bawah tekanan kerana dia tidak dapat menyusukan bayi dan juga telah menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk dirumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan," katanya.
Polis mendapati tiada unsur unsur jenayah dalam kes itu. Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my