Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video Kejadian) Padah Bermain Sebatang Mancis, Bangunan Terbakar Hingga Meragut Nyawa

5 Okt 2015
No Comment

Jepun, 4 Okt - Tindakan seorang lelaki bermain dengan mancis membawa padah apabila api itu merebak sehingga membakar tiga buah bangunan dan menyebabkan satu kematian.

Memetik laporan dari Sankei.com, kejadian menyebabkan seorang wanita terbunuh.

Video berdurasi 11 minit yang memaparkan bagaimana kejadian berlaku dimuat naik di laman Youtube dan menjadi topik hangat di reddit.com.

Pada minit ke lima, lelaki terbabit dilihat menyalakan sebatang mancis yang kemudiannya merebak dari tong sampah sehingga membakar tiga buah bangunan.



Di laman reddit.com pula, orang ramai mengkritik tindakan lelaki itu. Pengguna PineSine menulis :

"Saya tak percaya dia cuba memadamkan api dengan sekeping kertas kadbod, dan bila tak menjadi dia tinggalkan api itu begitu sahaja sementara mengambil air. Saya tahu kamu tak boleh berfikir dengan waras ketika panik tapi tolonglah..

Selepas melihat video ini, kebanyakan pengguna reddit mula menyuarakan kepentingan alat pemadam api. Seorang pengguna reddit, CatMaster666 menulis : "Kejadian ini membuatkan saya terfikir orang ramai perlu melabur untuk alat pemadam api",

Selain dari video kejadian, video bomba cuba memadamkan kebakaran turut dimuat naik di Youtube. Menurut laporan Sankei.com, pihak bomba mengambil masa 6 jam untuk memadamkan kebakaran. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "