"Nanti Bila Anak Kamu Dah Besar, Mereka Buat Kamu Macam Kamu Buat Kepada Ibu Kamu" - Netizen
HUBEI, CHINA: Seorang anak tidak mengenang budi apabila menyuruh ibunya duduk dibahagian belakang kereta supaya isteri dan anaknya dapat duduk dengan selesa sedangkan kereta tersebut dibelikan oleh ibunya menggunakan duit pencen kepadanya.
Memetik laporan Shanghaiist, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Liu bertindak sedemikian kerana isteri dan anaknya tidak dapat berehat atau berbaring kerana ruang yang ada cukup-cukup untuk duduk.
Kejadian ini disedari selepas Liu melalui sebuah sekatan jalanraya ketika dalam perjalanan dari Jiangxi ke Hubei dan pihak polis terlihat kelibat ibunya di bahagian belakang tempat letak barang berkenaan.
Kerana tindakan tersebut pihak polis pada mulanya hendak menyaman Liu namun ibunya melarang dan mempertahankan tindakan anaknya itu dengan alasan dia cukup selesa berada di tempat berkenaan.
Kisah 'kasih ibu dan anak derhaka' ini telah menjadi viral di laman sosial di China dan rata-rata netizen mengecam tindakan Liu dan menyifatkan dia 'anak paling teruk di dunia'.
"Apa yang tidak kena dengan lelaki ini? Kenapa dia sanggup melayan ibunya macam tu?" kata seorang pelayar dari Chongqing.
"Nanti bila anak kamu dah besar, anak kamu juga akan buang kamu di situ," kata pelayar dari Beijing. - Siakapkeli.my