Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Vape : Hisap Untuk Berhenti Merokok, Tapi Berakhir Dengan Hisap Dua-Dua

28 Okt 2015
No Comment

Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menggalakkan rakyat supaya berhenti merokok, hasil yang diperoleh adalah kurang memuaskan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hlimi Yahya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ni berkata keadaan menjadi semakin buruk sejak berlakunya 'era revolusi' perokok dalam kalangan rakyat.

Jelasnya, kini terdapat segelintir perokok yang cuba untuk berhenti merokok dengan menggunakan vape berakhir dengan menghisap kedua-duanya sekali.

Memang perokok 70 peratus ingin berhenti merokok tetapi susah. Ada yang tukar daripada merokok kepada vape. Kesannya, dia hisap dua-dua sekali rokok dan vape walaupun pada mulanya hisap vape untuk berhenti merokok.

Bermula daripada shisha, pergi kepada vape dan merokok. Akhirnya, kita tidak ada jumlah yang berjaya berhenti merokok,” katanya di dalam sidang Dewan Rakyat sebagaimana memetik laporan dari TheRakyatPost.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, menyatakan hasrat Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan vape.

Pelan jangka masa panjang adalah untuk mengharamkan ‘vape’ ini. Kita sedang menggerakkan usaha dari segi undang-undangnya bagaimana untuk melaksanakan itu.

Kita sedang kaji beberapa langkah bersama kerajaan dan kementerian. Kita akan pilih langkah yang paling sesuai.

Kalau ikut saya, saya nak laksanakan secepat yang mungkin. Sebab saya rasa kita perlu hentikan ini sebelum ianya menjadi isu besar,” kata beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "