Tiga Maut Selepas Proton Satria Dan Perodua Alza Bertembung
PEKAN: Seorang anggota tentera antara tiga mangsa maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 84, Jalan Kuantan-Segamat dekat Runchang, pagi tadi.
Kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan jenis Proton Satria dan Perodua Alza berlaku pada jam 7.50 pagi.
Memetik laporan Kosmo, pemandu Proton Satria, Muhamad Khairul Maslehan, 21 dan pemandu Perodua Alza, 29; Muhamad Yunus Hanafi bersama penumpang, Osman Abu Bakar, 49, maut di lokasi akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan. -Siakapkeli.my
