Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jawapan MET Malaysia Tentang Dakwaan Guna Bahan Kimia Berbahaya Untuk Pembenihan Awan

5 Okt 2015
No Comment


Berikutan penyebaran mesej dari Whatapps dalam bahasa Inggeris yang mendakwa Jabatan Meteorologi(MET Malaysia) telah menggunakan bahan kimia merbahaya untuk melakukan pembenihan awan ketika jerebu sekarang telah menyebabkan mereka yang mmbaca mesej berkenaan bimbang mengenai kesihatan mereka.

Namun, ternyata mesej-mesej dari Whatapps berkenaan adalah mesej palsu dan fitnah semata-mata terhadap MET Malaysia.

Mesej palsu yang tersebar

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail telah mengeluarkan kenytaan rasmi menafikan perkara tersebut di mana tiada penggunaan bahan kimia yang lebih kuat dan berbahaya digunakan seperti yang didakwa.

"Kami tidak pernah menggunakan bahan kimia yang lebih kuat. Sebaliknya kami hanya menggunakan garam biasa yang tidak akan memberi sebarang kesan kepada manusia," kata dipetik Bernama.

Mesej penggunaan bahan kimia disebarkan dalam bahasa Inggeris melalui aplikasi WhatsApp hari ini yang antara lain berbunyi: "Kawan-kawan dari TUDM memberi amaran mereka menggunakan bahan kimia yang lebih kuat untuk membuat hujan. Ini mungkin boleh menjejaskan kulit kita. Jadi tolong jangan berada di dalam hujan untuk beberapa hari ini dan jika terkena, bilas segera".

Beliau dalam pada itu meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu itu dan jangan menyebarkannya.

"Hujan asid hanya berlaku apabila bahan 'pencemar' yang terkandung dalam jerebu bertindak balas secara kimia dengan air hujan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "