Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Toyota, Kini Honda Pula Umum Kenaikan Harga Kereta

19 Okt 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) yang merupakan pengedar kereta Toyota di Malaysia mengumumkan terpaksa menaikkan harga, kini giliran Honda Malaysia mengesahkan akan berlaku peningkatan harga kenderaannya keluaran mereka antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kelemahan nilai ringgit telah melonjakkan kos pengeluarannya.

"Penyusutan drastik ringgit meningkatkan kos import komponen dan bahagian kenderaan. Ia meskipun usaha kami mengurangkan kos dan perbelanjaan untuk berdepan kelemahan ringgit," kata ketua pegawai eksekutifnya Yoichiro Ueno.

Beliau juga menyatakan bahawa syarikat akan terus menganalisis kesan kelemahan ringgit terhadap kos syarikat dan senarai harga baharu akan dikeluarkan Disember 2015.

BACA: Kesan Kejatuhan Ringgit, Toyota Terpaksa Naikkan Harga Kereta

Menurutnya sejak pengenalan model pada harga sedia ada, nilai ringgit telah susut 20 ke 30 peratus.

"Walaupun kebanyakan komponen sudah dibeli lebih awal, namun komponen bagi pengeluaran Januari dibeli pada ketika nilai ringgit lemah ketika ini, jadi separuh daripada kos tersebut terpaksa disalurkan kepada harga akhir produk, " katanya.

Namun, jika ringgit kembali mengukuh, Honda Malaysia akan menilai semula struktur harga yang ditawarkan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "