Saya Akan Lawan Sampai Tangan Najib Bergari - Khairuddin
Bekas kepimpinan akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar yang mereka akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang dilihat berpakaian oren lokap mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.
“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.
Peguamnya mengeluarkan kenyataan yang Khairuddin tidak bersalah selagi mahkamah tidak membuktikan dia bersalah.
Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.
Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.
Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi. - Siakapkeli.my
Ini cara khawarij
BalasPadam