Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rebat Prabayar : Syarikat Telco Sambut Baik

23 Okt 2015
No Comment


KUALA LUMPUR, 23 Okt - Pihak Telco menyambut baik keputusan kerajaan untuk menawarkan rebat bagi jumlah cukai GST yang ditanggung oleh pengguna kad prabayar yang berkuat kuasa dari 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet 2016 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, syarikat menyambut baik keputusan kerajaan itu dan berkata syarikat medukung keutamaan kerajaan untuk memelihara kebajikan pengguna.

Maxis Bhd pula berkata perbincangan mengenai mekanisme pelaksanaannya akan dibincang dengan SKMM.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty pula berkata kerjasama akan diberikan oleh pihaknya untuk melaksanaan perkara tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "