Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DJ Radio Dijumpai Setelah Hilang Dua Bulan, Sangka Cuma Sehari

23 Okt 2015


KLANG, 23 Okt - DJ Kahong atau nama sebenarnya Azhar Muhammad, 45, yang hilang sejak dua bulan lalu dijumpai hari ini  di lokasi yang sama dia dilaporkan hilang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

DJ Kahong hilang pada 10 Ogos lalu ketika mencari siput di jeti nelayan, di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar di sini.

Menceritakan apa yang terjadi, DJ Kahong berkata dia telah bertemu dengan seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim dan mengajaknya bersembang. Lelaki tua terbabit kemudian memberikan rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil yang tertulis ayat al-Quran kepadanya.

DJ Kahong berkata dia terkejut ketika diberitahu dia sudah hilang selama dua bulan walhal dia menyangka hanya sehari sahaja dia bertemu lelaki tua berkenaan.

"Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia...rupanya dah dua bulan, saya terkejut bila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

"Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya," katanya memetik laporan dari Sinar Online.

DJ sambilan itu ditemui oleh orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus oleh orang ramai kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Sebelum hilang, DJ Kahong sempat memberikan mesej Whatsapp terakhirnya yang berbunyi : "Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni" kepada rakannya.

Pada 13 Ogos, 4 hari selepas DJ Kahong dilaporkan hilang, pihak bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari DJ Kahong berikutan menemui jalan buntu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "